Thursday, 13 July 2017

Nak cantik?

Dari sebelum berkahwin sampailah skrg ni ada beberapa makanan sunnah yg saya amalkan setiap pagi sebelum sarapan. Seelok2nya stgh jam @ sejam ⌛sebelum sarapan. Antaranya: Minyak zaitun, madu🍯, minyak kelapa dara🌴, pati delima  & habatussauda (pernah jgk skip mkn..hehehe) Kenapa saya amalkan makanan ni semua? Sebab khasiatnya👍. Cuba google apa khasiat makanan2 ni. Yg plg bestnya, makanan2 ni selain makanan sunnah, ianya semulajadi🍃. Kesannya maybe x sepantas kalau kita makan produk2 yg ada di pasaran tapi alhamdulillah lama2 kita dpt rasa kesannya. Makanan2 ni bkn shj bagus utk kesihatan, tapi bagus jgk utk kulit, rambut🙆 & kuku💅. 

Haa..tapi masa saya mengandung, saya stop dulu🙅. Saya cuma makan vitamin yg klinik kesihatan 💊bagi & minum susu kambing🍼. Masa kandungan dah mencecah 5 bulan, baru saya makan balik kecuali habatussauda sebab masa tu saya was2 jgk sbb habatussauda ni panas so saya takut effect kandungan. Tapi xtahulah..sebab saya x search pun sebenarnya apa effectnye..kikiki😆

Saya ada terbaca org kata kalau kita amalkan makan pati delima masa mengandung ni in shaa Allah anak yg dilahirkn nanti putih kemerah2an mcm buah delima. Masa saya makan tu, saya pun niatkanlah dlm hati supaya anak saya nanti putih kemerah2an. Alhamdulillah dgn izin Allah, kulit anak saya putih kemerah2an. Ada jgk yg tanya apa rahsia sebab kulit saya cerah tapi kekuningan. So nilah salah satu tipsnya. Walau apapun, kita kena bersyukur dgn apa yg Allah bg. Putih ke gelap ke semua tu rezeki😊

Friday, 7 July 2017

Doa di Bulan Ramadhan

Sy nk share tntg betapa ajaibnya doa di bulan Ramadhan. Ni semua apa yg sy alami sendiri. Tujuan sy share ni bkn utk menunjuk2 tp sy nk share betapa ajaibnya doa di bln Ramadhan yg bila fikir blk, sy sendiri mcm x percaya. Subhanallah. 

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (Surah Ar-Rahman). 

Semua tahu antara waktu yg plg mustajab berdoa ialah pd bulan Ramadhan.

Sabda Rasulullah:

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ

“Tiga orang yang do’anya tidak tertolak: (pertama) orang yang berpuasa sampai ia berbuka” (HR. Ahmad; shahih lighairihi)
Sy telah bertunang pd Februari 2014. Namun, selepas bertunang sy merasakn hubungan sy dgn tunang dh x mcm kami berkawan dulu. Kami kenal pd akhir 2011. Boleh calculate kn berapa tahun kami dh kenal? *hihi. Kami semakin kerap bergaduh, semakin jarang berhubung📲. Kadang-kadang sy rasa sy mcm xde tunang je. *oopss..sorry Mr. Tunang. So, dipendekkan cerita..masa bulan Ramadhan 2015, tiba2 sy rasa sy nk doa supaya Allah mempertemukan sy dgn jodoh yg soleh secepat mungkin walaupun jodoh sy itu bkn tunang sy sendiri. Itulah doa yg sy lafazkan hari2 especially masa solat terawih kat masjid🕌. Ni ada lg 1 sy nk share, sy suka sgt doa masa solat terawih kat masjid sebab sy baru rasa feel masa berdoa. Mungkin sebab dkt rumah Allah kot, rasa tenang je 😍
Ok, sambung bab doa td. Masa tu bln Ramadhan dlm bln 7 kot & raya dlm bln 8 mcm tu. Yg nk ceritanya, betapa cepatnya Allah makbulkan doa sy. 31 Ogos 2015, fmly tunang dtg rumah. Sy igt diorg dtg saje2 nk bercuti. Rupa2nya nk tetapkn tarikh kahwin👰 dan tarikh yg dipilih ialah 15 Februari 2016 which means 6 bln dr skrg. Preparation mmg x buat lg sbb suddenly je. Lepas tetapkn tarikh kahwin tu baru buat preparation & alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Bab kahwin in shaa Allah nantilah sy share ye. Kalini nk share bab doa je.
Pd bln Ramadhan 2016, sekali lg sy x lepaskn peluang utk berdoa. Kalini sy doa supaya sy dan suami dpt kerja🕵 di negeri kelahiran sy. Kami berkahwin masa kami still in final year. So masa bln puasa ni, kami baru je habis belajar🎓. Alhamdulillah, suami sy dpt kerja 🔬tu, tmpt sy praktikal dulu tp x lama..3 bulan je. Lepas tu, suami sy tukar kerja dkt negeri kelahiran dia plak. Sob sob sob😢 
Bkn tu je. Waktu tu, sy jgk doa supaya Allah menanamkan benih zuriat dlm rahim, zuriat yg soleh & solehah. Alhamdulillah. Awal2 bln puasa tu dh tunjukkan tanda2 & pergi check up, Alhamdulillah rezeki👶. Syukur sgt ya Allah. Akan ku jaga amanah ini dgn baik. In shaa Allah. 
Tahun ni pun sy ada doa jgk tp Allah x makbulkan lg. Maybe belum smpai masanya. Takpe, makbul atau tidak tu semua kerja Allah. Yg penting, kita usaha dan terus berdoa💪. Kalau x makbul tu mungkin benda tu bkn yg tbaik utk kita. 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Wednesday, 5 July 2017

Pengenalan

Assalamualaikum😊
Kehidupan adalah pengalaman sama ada ia akan menjadi 'semanis madu'🍯 atau 'sepahit hempedu', kita terpaksa juga telan kerana itulah kehidupan. Kehidupan 1 pilihan? Apa yg terjadi mengikut acuan kita sendiri? Bagi saya, tidak🙅. Apa yg berlaku dlm hidup kita sebenarnya semua telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa tetapi kita sebagai hamba-Nya perlulah berusaha 💪dan sentiasa berdoa📿. Hidup ini adalah ujian📝. Walau semanis madu, ia tetap ujian. Utk menguji sama ada kita bersyukur atau tidak ats segala nikmat kurniaan-Nya. Sekiranya hidup ini sepahit hempedu, itu pn 1 ujian. Dan ingatlah Allah sentiasa bersama dgn org2 yg sabar🌸🌸🌸

Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, kerana segala perkaranya adalah baik. Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut adalah memang baik baginya. Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut adalah baik baginya. (Hadis Riwayat Muslim)